Madrasah Al-Mashoor telah diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab di
Pulau Pinang yang bimbang akan kekurangan didikan agama dalam kalangan anak-anak
masing-masing. Pada tahun 1916 bersamaan 16 Muharram 1335H, suatu mesyuarat
telah diadakan khusus tentang penubuhan sebuah sekolah agama. Dengan usaha
gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama
yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran, di Lebuh Acheh (Masjid Melayu
Pulau Pinang).
Antara pihak yang turut menyumbang kepada penubuhan Madrasah ini termasuklah Tuan Syed Mahzar Aidid, Al-Syed Omar Al-Sagoff, Al-Sheikh Hassan Al-Baghdadi, Al-Syed Al-Sheikh Ali Bawazir dan Al-Sheikh Al-Haji Zakaria. Guru pertama yang mengajar di Madrasah ini ialah Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee, manakala guru besar pertamanya ialah Al-Syed Al-Sheikh Al-Hadi.

Pada akhir tahun 1978, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil alih bangunan sekolah lelaki di 41-A, Lebuh Tek Soon untuk pembinaan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). Kerajaan telah menggantikan tapak di Lebuh Tek Soon dengan sebidang tanah di Jalan Air Itam seluas 2.8 ekar. Mulai 1 Januari 1979, Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Agama telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini secara rasmi dan nama sekolah ditukar kepada SMKA Al-Mashoor (Lelaki) dan SMKA (Perempuan) Al-Mashoor yang ditadbir secara berasingan.
Sebagai sebuah sekolah
yang telah lama menapak di Pulau Pinang dan telah merakam seribu sata kejayaan
dalam melahirkan golongan ilmuwan Islam di Malaysia, seharusnya penubuhan
SMKA Al-Mashoor menjadi salah satumercu tanda bersejarah di negeri Pulau Pinang ini.
Sehubungan itu, Sambutan
100 Tahun Al-Mashoor pada tahun 2016 diharapkan menjadi satu acara simbolik yang cukup bersejarah buat semua warga AlMashoor dari generasi terdahulu, masa kini dan selamanya.

No comments:
Post a Comment