Sunday, 18 September 2016

Cenderamata 100 Tahun AlMashoor

Assalamualaikum semua, 
Di sini admin ingin memaklumkan tentang jualan cenderamata sempena Sambutan 100 Tahun AlMashoor. Kita customize design untuk semua item ni..Jadi, kalau anda berminat, bolehlah dapatkannya di sekolah atau hubungi kami di talian berikut untuk tempahan (0122810743/ 0129651749). Jika anda ada sebarang cadangan tentang item-item lain yang sesuai sebagai cenderamata 100 Tahun, bolehlah komen di bawah untuk kami pertimbangkan:) 



















Berikut adalah jenis item dan harga:

1. Tshirt (Lelaki-RM35 dan Perempuan-RM38) 
    Warna: Red-Blue, Baby blue-Brown dan Blue-black-Grey
    *Logo 100 Tahun (embroidered) di bawah bagi tshirt perempuan dan di poket atas bagi 
     lelaki
    *Material: Lacoste/ Polo shirt

2. Tote bag-RM20/pc (3 designs with logo and different wordings)
    Material: 8oz canvas
    Size: 40cm (h) x 35cm (w)

3. Pencil pouch-RM8/pc (4 colours-light blue, pink, orange or purple with logo)
    Material: Nylon
    Size: 8'' x 4''

4. Bamboo Note pad set-RM10 (come with eco-pen and sticknotes, logo in front)
    Size: 10 x 13.5cm
    Sheet: 70sheets

Dapatkan cenderamata anda hari ini!!!

Friday, 16 September 2016

Makan Malam Gala Sempena Sambutan 100 Tahun Al-Mashoor


Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera..
Makan Malam Gala sempena Sambutan 100 Tahun Al-Mashoor akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh/ Hari     : 2 Oktober 2016 (Ahad)
Tempat            : Straits Quay Convention Centre (SQCC)
Aturcara          : 5.00 ptg   : Acara ramah mesra alumni dan pendaftaran
                          7.00 ptg   : Kehadiran tetamu (pendaftaran diteruskan)
                          8.30 mlm : Kehadiran tetamu VVIP (Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman bin 
                                            Haji Abbas)
                                          : Ucapan
                                          : Persembahan (pelajar semasa, alumni dan bekas pentadbir) dan Makan Malam
                                          : Acara penyerahan mock-cheque daripada para penyumbang
                                          : Pelancaran Buku 'Memori 100 Tahun Sekolah Al-Mashoor'
                         11.15mlm : Majlis bersurai

Pakaian           : Formal (Lelaki: Batik/ Lounge suit/ Baju melayu)
                                     (Perempuan: Batik/ Kurung)

*Maklumat tambahan:

- Bagi melancarkan majlis dan keselesaan para tetamu, pihak penganjur bersetuju untuk membenarkan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas di bawa bersama.
- Surau/ ruang solat bagi lelaki dan perempuan disediakan.
- Bagi yang ingin membeli kerusi/ meja, anda bolehlah menghubungi Cik Nurun Najah (012-2810743), Pn. Siti Norlida (010-5253477) atau Puan Mazanah (019-4578407).

Marilah kita sama-sama memeriahkan majlis yang penuh bermakna ini!!! 
Dapatkan tiket anda hari ini!!!
Kami tunggu anda di sana!!! 


Thursday, 23 June 2016

Takwim Sambutan 100 Tahun AlMashoor

     
Bil
Aktiviti
Sasaran
Tarikh Pelaksanaan
Tetamu Kehormat
1.
Pertandingan mencipta logo rasmi Perayaan Sambutan 100 Al-Mashoor
Pelajar
Mac 2016
-
2.
Majlis Pelancaran Perayaan Sambutan 100 Al-Mashoor
JPN/PPD/PIBG/ Guru & Pelajar
29 April 2016
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, KPM
3.
Majlis Ceramah Motivasi Perdana untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam sempena Sambutan 100 Al-Mashoor
Pelajar-pelajar PT3, SPM & STPM
24 Mei 2016
Naib Canselor Universiti Sains Malayasia
4.
Majlis Iftar Jama’ie Ramadhan 1437 bersama TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang
JPN/ PPD/ PIBG/ Guru & Pelajar
Jun 2016
TYT Yang diPertua Negeri Pulau Pinang
5.
Majlis Pelancaran Penubuhan Rasmi Alumni SMKA Al-MAshoor sempena Sambutan 100 Al-Mashoor
Alumni-alumni AlMashoor (Lelaki dan Perempuan)
Julai 2016
Pengetua
.6
Majlis Kesyukuran & Malam Cinta Allah & Rasul sempena Pelancaran Perayaan Sambutan 100 Al-Mashoor

JPN/ PPD/ PIBG/ Guru & Pelajar & Masyarakat Sekeliling
Julai 2016
Mufti Negeri Pulau Pinang
.7
Back-to-school on Aidilfitri at SMKA (P) AlMashoor
Guru, Pelajar, PIBG & Alumni SMKA (P) AlMashoor
Julai 2016
Ketua Sektor Pendidikan Islam
.8
Majlis Wacana Ilmu sempena Sambutan  100Tahun AlMashoor di SMKA (P) AlMashoor
, Para pelajar, guru waris dan masyarakat setempat
Ogos 2016
Ketua Sektor Pendidikan Islam
.9
Karnival Kesenian Islam dan Sukan SMKA/ SABK Utara sempena Perayaan Sambutan 100 Al-Mashoor
Pelajar-pelajar SMKA/ SABK Utara
Ogos 2016
Ketua Sektor Kemanusian
.10
Hari Kantin dan Pameran sejarah penubuhan AlMashoor sempena 100 Tahun AlMashoor-SMKA (P) AlMashoor

Para pelajar, guru, waris dan masyarakat setempat
Ogos/ September 2016
Pengarah JPPP
11.
Majlis Makan Malam Amal & Majlis Kemuncak Sambutan 100 Al-Mashoor
Alumni/ PIBG/ Guru-guru & Pelajar-pelajar
1 Oktober 2016
TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, tetamu Di-Raja
.12
Qiamullail, Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Perdana pelajar-pelajar peperiksaan Awam PT3, SPM & STPM
Semua pelajar, guru, para waris dan PIBG SMKA (P) AlMashoor dan SMKA Al-Mashoor (L)

Oktober 2016
Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang
   

Sunday, 22 May 2016

Jawatankuasa Induk Sambutan 100 Tahun AlMashoor (1916-2016)

PENAUNG: 
TUAN YANG TERUTAMA TUN DATO' SERI UTAMA DR. HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS
Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang

PENASIHAT: 
TUAN SHAARI BIN OSMAN
 Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang

TAN SRI DATO' SERI KHALID IBRAHIM BIN SULAIMAN
 Presiden AlMashoor Islamic School & Hostel Management Committee & 
Lembaga Pemegang Amanah AlMashoor

SHEIKH MOHAMED TAWFEEK HASSAN BADJENID
 Setiausaha Kehormat AlMashoor Islamic School & Hostel Management Committee & 
Lembaga Pemegang Amanah AlMashoor

PENGERUSI: 
TUAN HAJI MOHAMAD NASRI BIN HAJI OSMAN
 Pengetua SMKA Al-Mashoor (L)

PENGERUSI BERSAMA: 
PUAN HAJJAH SOLEHAH BINTI AWANG
 Pengetua SMKA (P) AlMashoor

TIMBALAN PENGERUSI: 
EN. NATDZRI BIN AHMAD
 Penolong Kanan Pentadbiran SMKA Al-Mashoor (L)

PN. CHE MAZNAH BINTI JAAFAR
 Penolong Kanan Pentadbiran SMKA (P) AlMashoor

NAIB-NAIB PENGERUSI: 
EN. ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD
 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKA Al-Mashoor (L)

PN. MAZANAH BINTI YUSOFF
 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKA (P) AlMashoor

PN. RUZIAH BINTI SALIM
 Penolong Kanan Kokurikulum SMKA Al-Mashoor (L)

PN. MAZANAH BINTI YUSOFF
 Penolong Kanan Kokurikulum SMKA (P) AlMashoor

SETIAUSAHA 1: 
EN. MOHD. ABDULLAH BIN RAMLI

SETIAUSAHA 2: 
CIK NURUN NAJAH BINTI ELLIAS

BENDAHARI1: 
PN. NOR ELEAYANY BINTI AIDROS

BENDAHARI 2: 
PN. SITI NORLIDA BINTI ZULKIFLI

AHLI JAWATANKUASA: 
DATO' USTAZAH KHAIRON BT. MOHD ALI
PROF. DATUK SYED OMAR SYED MOHAMAD ALSAGOFF
DATO' RAJA MUNIR SHAH BIN RAJA MUSTAPHA 



Perbincangan sebelum mengadap Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang


Delegasi kunjung hormat ke Sri Mutiara untuk berbincang mengenai sambutan 100 Tahun AlMashoor






Saturday, 21 May 2016

Majlis Pelancaran Sambutan 100 Tahun AlMashoor

Perasmi merasmikan mercu tanda 100 Tahun AlMashoor, Yuhannah's Medicinal Herbs Garden
Plak perasmian sambutan 100 Tahun AlMashoor
Majlis Pelancaran Sambutan 100 Tahun Al-Mashoor merupakan satu majlis penuh makna yang dirancang sebagai permulaan kepada siri program yang telah dirancang sehingga kemuncaknya pada bulan Oktober 2016. Secara simboliknya juga, majlis ini akan merakam detik bersejarah dengan pelancaran mercu tanda 100 Tahun Al-Mashoor yang akan ditempatkan di SMKA (P) AlMashoor dan SMKA Al-Mashoor (L). Ia telah disempurnakan oleh Tuan Wan Ramdzan bin Wan Mamat, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 29 April 2016.

Tuan Wan Ramdzan melihat tumbuhan yang ditanam di Yuhannah's Medicinal Herbs Garden
Tuan Wan Ramdzan menerima cenderamata daripada pengetua, Pn. Solehah Awang
Para pentadbir sekolah bergambar kenangan bersama tetamu jemputan
(Dari kiri: PK KEM Pn Mazanah, NYDP PIBG En Mohamad Fadzil, Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah En Mohamed Tawfeek, Ketua Sektor PIPPA Tn. Hj. Mohd Ghazali, Ketua Sektor Pend Islam KPM, Tuan Wan Ramdzan, pegawai SPI KPM Ust Sayuti, Ketua Unit PIPPA Ust Suhaimi, Pengetua Pn Solehah, PK Pentadbiran Pn Che Maznah dan PK Kokurikulum Pn Norizah 
Tetamu menikmati minum pagi di perkarangan Yuhannah's Medicinal Herbs Garden

Barisan pentadbir dan para guru bergambar kenangan bersama tetamu-tetamu jemputan di hadapan dewan




Sejarah Penubuhan AlMashoor




Madrasah Al-Mashoor telah diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang akan kekurangan didikan agama dalam kalangan anak-anak masing-masing. Pada tahun 1916 bersamaan 16 Muharram 1335H, suatu mesyuarat telah diadakan khusus tentang penubuhan sebuah sekolah agama. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran, di Lebuh Acheh (Masjid Melayu Pulau Pinang). 

Antara pihak yang turut menyumbang kepada penubuhan Madrasah ini termasuklah Tuan Syed Mahzar Aidid, Al-Syed Omar Al-Sagoff, Al-Sheikh Hassan Al-Baghdadi, Al-Syed Al-Sheikh Ali Bawazir dan Al-Sheikh Al-Haji Zakaria. Guru pertama yang mengajar di Madrasah ini ialah Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee, manakala guru besar pertamanya ialah Al-Syed Al-Sheikh Al-Hadi.

Pada akhir tahun 1978, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil alih bangunan sekolah lelaki di 41-A, Lebuh Tek Soon untuk pembinaan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). Kerajaan telah menggantikan tapak di Lebuh Tek Soon dengan sebidang tanah di Jalan Air Itam seluas 2.8 ekar. Mulai 1 Januari 1979, Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Agama telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini secara rasmi dan nama sekolah ditukar kepada SMKA Al-Mashoor (Lelaki) dan SMKA (Perempuan) Al-Mashoor yang ditadbir secara berasingan.

Sebagai sebuah sekolah yang telah lama menapak di Pulau Pinang dan telah merakam seribu sata kejayaan dalam melahirkan golongan ilmuwan Islam di Malaysia, seharusnya penubuhan SMKA Al-Mashoor menjadi salah satumercu tanda bersejarah di negeri Pulau Pinang ini. Sehubungan itu, Sambutan 100 Tahun Al-Mashoor pada tahun 2016 diharapkan menjadi satu acara simbolik yang cukup bersejarah buat semua warga AlMashoor dari generasi terdahulu, masa kini dan selamanya.